Mencari Temilok / Shipworm / Woodworm (Sampling) - vTomb

Mencari Temilok / Shipworm / Woodworm (Sampling)

Home
Donate
All
People & Blogs
Entertainment
Music
Gaming
Education
Howto & Style
News & Politics
Science & Technology
Film & Animation
Sports
Comedy
Autos & Vehicles
Nonprofits & Activism
Travel & Events
Pets & Animals

Mencari Temilok / Shipworm (Sampling)
Please subscribe my channel for more videos.

Temilok atau Kejumah. Mungkin ada yang mengenali, pernah melihatnya dan pernah memakannya. Bagi yang pertama kali melihat Temilok hidup-hidup, pasti merasa geli dan takut untuk memakannya namun begitu, bagi yang kali pertama memakannya pasti hendak makan lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Banyak juga yang terkeliru antara Temilok dan Umpun-umpun. Temilok, walaupun ia berbentuk seakan-akan cacing dan nama Inggerisnya Shipworms atau Teredo Worms, namun begitu Temilok atau Kejumah ini bukanlah dalam keluarga atau spesis cacing seperti Umpun-umpun. Ia tergolong dalam keluarga Moluska yang juga sekeluarga dengan siput, tiram, ambal dan yang sewaktu dengannya. Temilok dikelaskan dalam kumpulan moluska Teredinidae. Selain di Sarawak, hidupan air bernama Temilok ini terdapat juga di mana-mana hutan paya bakau di seluruh dunia, di Papua Indonesia ia dikenali dengan nama Tambelo, Filipina dengan nama Tamiloc/Tamilok dan Australia dengan nama Mangrove Worms/ Shipworms dan pelbagai lagi nama mengikut dialek tempat dan negara masing-masing.

Temilok banyak terdapat di kawasan hutan paya bakau yang secara umumnya menerima fenomena semulajadi air sungai pasang surut, lokasi untuk mencari Temilok ini tidaklah begitu sukar kerana ia sentiasa ada di dalam batang kayu bakau yang tumbang atau akar kayu bakau yang sentiasa terdedah dan ditenggelami air. Namun begitu, tidak semua kayu bakau yang tumbang mempunyai Temilok terutamanya kayu bakau yang sudah lama tumbang dan tidak terdedah dengan air, dalam erti kata lain tidak terkena fenomena pasang surut kerana Temilok perlukan air untuk terus hidup.

Cara untuk menentukan kayu bakau yang mempunyai Temilok ialah dengan memotong beberapa bahagian tertentu pada akar kayu bakau sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau tersebut, ini petanda kehadiran Temilok di dalamnya cuma kita tak dapat pastikan berapa banyak Temilok yang terkandung di dalam batang kayu bakau tersebut. Harus diingatkan, mencari Temilok janganlah sampai merosakkan akar pokok bakau tersebut, cukuplah dibelah beberapa bahagian kecil untuk menarik Temilok keluar dari lubang yang terdapat di dalam akar kayu bakau. Proses untuk mencari Temilok ini tidaklah sesukar mana asalkan kita tahan berjalan kaki berjam-jam dan tahan memikul tong seberat lebih kurang 18 liter yang berisi Temilok, sambil memikul gergaji kayu dan kapak. Ubat nyamuk juga harus dibawa bersama untuk menangkis serangan nyamuk hutan paya bakau. Kerja mencari Temilok ini sebenarnya menyeronokkan kerana secara langsung ia menguji ketahanan fizikal dan mental kita semata-mata untuk menikmati keenakkan rasa Temilok yang boleh dimakan mentah atau dimasak rebus. Ia boleh dimakan secara rebus, dicampur daun bawang dan dibuat gulai pedas. Ada juga individu yang suka makan Temilok secara mentah-mentah, diambil terus dari batang kayu bakau yang dibelah, kononnya rasanya seperti kita menghirup t...

By using our services, you agree to our Privacy Policy.
Powered by Wildsbet.

© 2022 vTomb

By using our services, you agree to our Privacy Policy.
Got it